3.jpg (74148 bytes)   Bismil~1.gif (14679 bytes)      Mymail.gif (14893 bytes)

 

Dotsba~1.gif (7429 bytes)

Sekapur sirih  seulas pinang

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim , Batu Pahat lebih di kenali dengan nama TIGS telah menjadi harapan dan kebanggaan penduduk  Batu Pahat untuk mendidik anak-anak gadis di Daerah Batu Pahat..

Dalam usianya yang hampir menjangkau 60 tahun dan telah banyak mengalami liku-liku dan berbagai cabaran dalam usaha memajukan sekolah dan pelajar-pelajar TIGS tetap teguh, gigih dan bersemangat waja , TIGS telah melahirkan ribuan graduan bagi menyediakan sumber manusia untuk memikul tanggung jawab membangunkan negara tercinta.

Pada tahun 1999 TIGS akan merayakan Jubli Intan sempena usianya yang ke 60. Kini TIGS telah banyak mengalami kemajuan dan mempunyai kemudahan-kemudahan pembelajaran. Kejayaan demi kejayan dalam bidang akademik dan kokurikulum telah dicipta. Perkembangan sekolah terus mengikut arus kemajuan zaman .. Kami berharap sekolah ini akan terus maju dan mencapai taraf     SEKOLAH BESTARI.

 

Sekian Terima kasih.

PN HJH JURIAH BTE HJ MOHD JEFFRI.

Pengetua,

SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM

BATU PAHAT, JOHOR.