Target~1.gif (11333 bytes)

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SMKPTI BATU PAHAT DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

 

Membimbing pelajar dalam membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak dan aspirasi negara.

Mendidik pelajar dalam menghasilkan berbagai-bagai bentuk kemahiran yang produktif dan berinovatif ke arah pembangunan negara.

Berusaha untuk mewujudkan budaya dan iklim sekolah yang kondusif, sihat , bersih ,ceria , menarik dan penyayang.

Mengembeling tenaga seluruh anggota masyarakat sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik dan kokurikulum supaya menjadikan sekolah ini yang terbaik di Daerah Batu Pahat.

Membimbing dan mendidik pelajar dalam melahirkan anggota masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang

Membimbing pelajar asrama supaya boleh menyesuaikan diri dengan budaya asrama dan mampu bersaing dengan pelajar lain sama ada dibidang kurikulum atau pun kokurikulum.

Mempertingkatkan taraf profesionalisme guru-guru dan kakitangan melalui program-program yang dirancang bagi mempastikan wujudnya pendidikan bermutu.

Mewujudkan perkhidmatan bersih, cekap,  amanah,  cepat, dan tepat dikalangan kakitangan sokongan dalam usaha melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan , syor dan teguran yang positif dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum.

 

 

SEKIRANYA ANDA KURANG BERPUASHATI , SILA HUBUNGI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT, DIALAMAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT, JALAN PEJABAT , 83000 BATU PAHAT, JOHOR.